Friday 9 October 2015

Fungsi-fungsi Hati (Bhg.1)

Hati kita melakukan pelbagai fungsi. Di sini saya akan kongsikan fungsi-fungsi penting yang dijalankan oleh hati:

(a) Pengawalaturan Aras Gula Dalam Darah
Apabila kita makan, hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas akan bertindak untuk membantu pengedaran gula/glukosa ke sel-sel tubuh badan. Gula/glukosa yang berlebihan pula akan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati melalui proses glikogenesis. Proses ini amat penting agar tahap gula/glukosa dalam darah kita sentiasa dalam paras normal.

Sekiranya paras gula/glukosa darah kita menurun dari paras normal, simpanan gula (glikogen) tadi akan diuraikan kepada gula/glukosa dalam hati. Proses ini dinamakan glikogenolisis melalui tindakan hormon glukagon akan dikeluarkan oleh pankreas.


(b) Pengawalaturan Asid Amino & Protein 
Asid amino dan protein yang berlebihan tidak boleh disimpan di dalam tubuh kita. Ia perlu diuraikan di hati melalui proses pendeaminaan. Proses ini menguraikan asid amino kepada bahagian tidak bernitrogen dan bernitrogen, iaitu ammonia. Ammonia bersifat toksik walau dalam kuantiti yang kecil. Maka ammonia ini perlu diuraikan pula kepada urea (kurang toksik) melalui kitar urea atau kitar ornitina di hati. Urea akan dibawa ke buah pinggang melalui peredaran darah untuk dikumuhkan dalam urin/air kencing. 

Bahagian yang tidak bernitrogen tadi akan ditukarkan kepada gula/glukosa dalam hati dan digunakan untuk respirasi sel atau disimpan sebagai glikogen.


(c) Pengawalaturan Lipid
Lipid akan disingkirkan daripada darah oleh sel hati untuk diuraikan atau disimpan dalam bentuk tisu adipos. 


No comments:

Post a Comment