Friday 9 October 2015

Saya dan Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Saya disahkan mengalami Carpal Tunnel Syndrome (CTS) pada tahun 2011. Tangan selalu kebas. Pegang benda panas rasa suam saja. Pegang botol atau barang boleh mudah terlepas dari genggaman. Saya dirujukkan ke Orthopaedic Specialist dit Hospital Pantai, Bangsar kerana tangan kanan saya semakin kebas dan sakit. Pernah tidur malam terjaga sebab kebas dan bisa. Saya menjalani pembedahan bagi merawat tangan kanan saya semasa CFSIIUM cuti semester pendek pada tahun yang sama kerana skor saya di atas 7 (severe). Tangan kiri saya pula skor 4, tidak perlu dibedah. Terima kasih kepada doktor pakar saya, Dr. S. Pasupathy. Saya merupakan pesakit termuda ketika itu yang pernah dirawat oleh Doktor Pakar saya, di dalam mahupun di luar Malaysia.
Tangan kanan saya (Hari ke-10 selepas pembedahan) 


Saya mengambil Vivix, VitaLea dan BComplex untuk kesihatan harian manakala OsteMatrix untuk masalah kekajangan otot di waktu malam. Saya amat tidak suka minum susu. Disebabkan itu selalu mengalami kekejangan kaki, terutama ketika cuaca sejuk. Siapa sangka, tangan kiri saya (skor 4 bagi CTS) sudah berkurang dan makin hari makin menghilang. Bersyukur yang tak terhingga apabila kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Vivix adalah penemuan hebat antipenuaan selular, menyokong kesihatan jantung, otak, sistem imun dan sendi serta memperbaiki sel pada tahap selular.
VitaLea merupakan Multivitamin dan Multimineral yang dapat melengkapi keperluan nutrisi harian.
BComplex amat bagus untuk kesihatan saraf.
OsteMatrix pula untuk kesihatan kekuatan sendi dan tulang.

No comments:

Post a Comment