Monday 26 October 2015

Fun Kid's Activity: Bread Challenge

Bread Challenge merupakan aktiviti hujung minggu yang digemari Husna & Hafiz. Saya pun tumpang sekaki sebab seronok. Kami ubahsuai daripada aktivit Pizza Challenge di internet.



Bahan-bahan Pizza Challenge sebenar menggunakan 20 bahan topping yang dirahsiakan & diletakkan di dalam beg kertas coklat, doh pizza, tomato puri & cheese yang banyak.

Oleh kerana semua bahan tersebut tiada, maka saya pun berfikir & mencari idea bagi menggembirakan hati Husna sebab esoknya dia nak exam akhir tahun. Maka, terhasillah Bread Challenge yang hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Pemenang ditentukan berdasarkan roti yang paling menarik, paling cantik & paling SEDAP.


Bahan-Bahan: 
Dulang lebar / Pinggan
Roti Gardenia 2 keping
Bekas berisi nombor cabutan (lagi bagus bekas tertutup) 
Kertas cabutan (label 1 hingga 8)
Bekas kecil untuk mengisi bahan topping 
Bahan Topping - (1)Hershey's Chocolate Syrup (2)Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (3)M&M (4)KitKat (5)Honey Start Nestle (6)Milo Nestle (7)Kismis (8)Vitamin C Chewable

 
 Roti diletak bersebelahan.
Husna punya berhampiran bahan No.1 
Hafiz punya berhampiran bahan No.8

 Husna requested mula dengan game 'batu-burung-air"
Husna menang. Jadi dia cabut nombor dulu (tutup mata).
Terus dapat No.7 Kismis (dalam hati ibu, bagus bagus nak exam makan kismis)

 Giliran Hafiz cabut nombor. Dapat No.2 Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread

 Masing-masing meletakkan bahan-bahan yang diperolehi melalui cabutan

 Husna suka dapat No.4 KitKat

 Hafiz 'yeyehh yeyehh' gembira dapat No.8 Vitamin C kegemaran

 Terus letak bahan-bahan tadi

 'Horrayyy' Husna menjerit suka dapat No.3 M&M

 Hafiz dapat No.6 Milo Nestle

 Husna melompat girang dapat No.1 Hershey's Chocolate Syrup

 Hafiz memang suka No.5 Honey Star

Saya kena jadi pengadil. 
Pemenang Bread Challenge... Husna!!!...
Nyum nyummmm tumpang makan boleh anak-anak?...

No comments:

Post a Comment