Tuesday 27 October 2015

Tips Pelajar Cemerlang Skor A: 10 Rahsia Ruang Belajar Yang Selesa Di Rumah

Ruang belajar yang selesa akan menjadikan anak-anak lebih bersemangat untuk belajar, mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah. Anak-anak juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti selain pembelajaran atau hobi seperti seni dan kraf.

Saya kongsikan ruang belajar untuk anak-anak saya. Kami sediakan lakaran susun-atur sendiri dan menyediakannya sebelum anak perempuan sulung kami, Husna memasuki Darjah 1. Perabot dan barangan kebanyakannya dibeli di IKEA (gambar utama). Manakala untuk anak lelaki kami (5 tahun), Hafiz, kami hanya guna meja belajar lama yang masih elok.


Meja belajar Husna


1. Meja yang selesa
Pastikan ruang meja mencukupi untuk anak-anak membuat kerja rumah, latihan tambahan dan mengulangkaji pelajaran. Meja yang simple dan panjang sedikit kami pilih untuk Husna.

Kami menyediakan susun-atur yang berbeza untuk anak perempuan dan lelaki.


Meja lama diguna-semula sebagai meja belajar, Iqra' dan bermain Hafiz. 


2. Kerusi yang selesa 
Duduk seharian di kerusi kayu di sekolah kebangsaan dan agama pastinya akan meletihkan Husna. Jadi, kami memilih kerusi sandar beserta bantal.


3. Rak buku 
Kami sediakan 2 rak buku yang terbuka di dinding atas meja belajar Husna, selain kotak-kotak menarik untuk meletak buku-buku teks sekolah, rujukan dan latihan, majalah dan komik, Al-Quran dan kitab-kitab serta piala-piala yang pernah dimenangi Husna. 

Terdapat juga rak buku tertutup di ruang paling atas dinding. Space efficiency - kami cuba memaksimumkan kegunaan ruang bilik yang kecil (rak hijau beserta kotak-kotak pink, kuning & turquoise). Boleh diisi pelbagai 'khazanah'. 


4. Ruang untuk alat tulis 
Kami sediakan ruang untuk meletak bekas alat tulis dan mewarna Husna di atas meja (selalu digunakan) dan juga di dalam laci bersebelahan meja (jarang digunakan).


Alat tulis & mewarna Husna yang kerap digunakan di atas meja



5. Papan Kenyataan
Papan kenyataan amat berguna untuk menampal notis atau memo dari pihak sekolah, jadual belajar dan peta minda/mindmap.

Oleh kerana tidak sempat membeli notice board, maka saya tampal di dinding saja nota dan jadual sekolah Husna. hehe...


Nota Husna ditampal di dinding meja belajar
ppssttt... itu contoh nota subjek Jawi si abah buat untuk Husna



6. Pencahayan yang baik
Pencahayaan yang baik semasa membaca atau menulis amat penting untuk kesihatan mata. Meja belajar yang berhampiran tingkap bilik akan memaksimumkan sumber pencahayaan. Boleh juga tambah lampu meja untuk digunakan pada waktu malam. Saya pilih lampu meja IKEA untuk husna.


7. Pengudaraan yang baik
Kipas/Aircond dan tingkap amat penting untuk pengudaraan yang baik. Ini dapat membantu anak-anak lebih fokus dan selesa untuk belajar di rumah.


8. Tong sampah
Anak-anak saya sangat suka melakukan aktiviti-aktiviti seni atau kraf setelah penat belajar. Sesetengah aktiviti menghasilkan sampah yang banyak. Kerja sekolah juga adakala memerlukan aktiviti gunting dan tampal. Maka, saya sediakan tong sampah comel di bawah meja untuk memudahkan mereka membuang sampah. Tak perlu susah-susah keluar bilik.

Comel tak tong sampah ni?...



9. Bekalan air & makanan 
Botol air kosong, vitamin dan kismis akan sentiasa ada di meja anak-anak saya bagi memastikan mereka mudah mendapat bekalan air dan nutrisi secukupnya semasa belajar (rujuk gambar No.4. Ruang untuk alat tulis). Adakala mereka membawa makanan kudapan di meja.


10. Ubahsuai susun-atur secara berkala 
Sekiranya anda rajin, ubahsuailah susun-atur meja secara berkala, mungkin setahun dua sekali. 

Ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Yang penting, pastikan anak-anak anda ada ruang untuk belajar yang selesa di rumah. Berbincanglah dengan anak-anak susun-atur yang mereka suka. 

Sharing is Loving...


Nak info lebih? Klik
Tips Pelajar Cemerlang Skor A: 15 Rahsia Amalan Pemakanan



Nak order Vitamin Minda Shaklee untuk Anak-anak? Cara Order (klik)   

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment