Monday 2 November 2015

7 Tempat Mesti Dijauhi Untuk Elak Dipanah Petir

Pada kebiasaanya November dan Disember merupakan musim tengkujuh bagi beberapa negeri. Hujan yang lebat akan turun dalam tempoh masa yang lama dan mungkin menjangkau beberapa hari

Anak-anak kita sebahagiannya mungkin gemar bermain dalam hujan lebat. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Anak lelaki misalnya, mereka gemar bermain bola sepak di padang terbuka.

Hujan lebat mungkin akan disertai oleh panahan petir dan laungan guruh. Petir sangat merbahaya kerana ia boleh sampai ke bumi dan orang yang berada di kawasan terbuka. Nauzubillah... Sekiranya terdapat hujan lebat beserta petir dan guruh, maka anda mesti mencari tempat perlindungan dengan kadar yang segera.


Ketika membaca buku Pertolongan Cemas, saya ketahui terdapat 7 tempat atau kawasan yang MESTI anda JAUHI untuk elak panahan petir, seperti di bawah:

1. Menara
2. Tiang seperti tiang elektrik
3. Puncak bukit dan tanah tinggi
4. Pokok tunggal di tengah padang atau kawasan lapang
5. Pondok kecil di tengah ladang
6. Pagar besi dan pagar dawai
7. Kawasan lapang yang terbuka (apabila anda berdiri, anda akan menjadi sasaran)


Terdapat 3 tempat perlindungan daripada panahan petir (sekiranya anda tidak berada di dalam bangunan):

1. Di dalam parit besar atau lubang dan lekuk di dalam tanah
2. Di bawah pokok-pokok yang banyak dan tumbuh rapat-rapat
3. Di kaki tebing tinggi yang curam atau tergantung keluar

Sampaikan langkah keselamatan ini dengan insan-insan di sekeliling anda. Sebaiknya duduk di dalam rumah sambil menikmati pisang goreng panas ketika hujan lebat. 

No comments:

Post a Comment