Wednesday 2 December 2015

5 Sebab Mesti Bercuti Dengan Anak Kecil

Seronoknya nak pergi bercuti!!!...


Sesetengah daripada kita rasa susah bercuti dengan anak-anak kecil, lebih-lebih lagi bayi. Tetapi tidak bagi saya dan suami. Kami tidak pernah tinggal anak-anak kami untuk pergi bercuti semenjak mereka bayi lagi. Hati tak tenteram dan rasa tak seronok nak enjoy.

Kami pernah travel berenam selama 4hari 3malam; bersama 2 orang anak kami (Husna&Hafiz) dan ditambah lagi 2 orang anak sedara kami (lelaki, jadi pepahamlah karenah budak lelaki). Tak susah mana sangat pun. Kekadang rasa penat, kekadang rasa seronok, kekadang rasa kelakar, kekadang rasa lagi senang.

Tahukah anda, ada banyak sebab kita mesti travel dengan anak kecil, antaranya: 

1. KENANGAN TERINDAH SAMPAI BILA-BILA
Pendapat: "alahhhh... bawa budak kecil bukan depa ingat pun."

Tahap memori bergantung pada tahap umur dan perkembangan anak-anak kita. Bagi anak-anak saya, mereka masih ingat saat-saat seronok bercuti di beberapa destinasi ketika mereka baru berumur 2tahun lebih. 

Dengan kemudahan teknologi (gambar dan video), saya tunjukkan mereka percutian ketika mereka masih bayi, petatih sehingga yang terkini. Malah berulang kali mereka menonton rakaman tersebut.

Malah kenangan tersimpan inilah yang mungkin kita perlukan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di hari tua kerana anak-anak kita sibuk dan hidup berkeluarga pabila dewasa kelak. 

Anak-anak juga akan lebih rasa dihargai sebab anda senantiasa bawa mereka bercuti bersama. Psikologi mereka terbina dengan baik.   
  
 
2. SENANG BERCUTI DENGAN ANAK 
Pendapat: "Susahlah bercuti dengan budak-budak niii... Tinggal je senang sebab kami nak berdua."

Bercuti dengan anak-anak kecillah senang, lebih-lebih lagi bayi. Mereka tak pandai meminta-minta, hanya minta susu aje. Kenyang tidur. Zaman sekarang mudah dengan baby wearing, sama ada si ibu atau si bapa. Jika bawa stroller pun, anda mudah letak barang-barang yang anda beli.



3. PAHAMI PSIKOLOGI ANAK AGAR TAK BUAT PERANGAI
Pendapat: "Tak nak lah bawa budak, nanti asyik buat perangai aje... susah"

Bayi takde buat perangai! Maka ambillah kesempatan untuk travel bersama bayi anda. Jika ada pun meragam sebab lapar susu atau kembung perut.

Jika petatih dan ke atas, mungkin mereka akan buat perangai. Adatlah. Tapi kita boleh mengatasinya dengan memahami psikologi atau perasaan mereka. Anda boleh menambahkan ilmu dengan membaca buku-buku berkaitan sebelum travel. Amalan-amalan doa dan zikir yang berkaitan perkembangan anak-anak juga perlu diamalkan.
  

4. BAWA BARANG-BARANG PENTING SAHAJA
Pendapat: "Lecehlah... banyak barang anak-anak nak bawa"

Belajarlah untuk membawa barang yang penting sahaja. Cuba lihat video di internet cara2 menyimpan barang dan melipat pakaian bagi memaksimakan ruang beg. 


Kami hanya bawa backpack satu seorang untuk percutian 4hari 3malam (gambar). Si abah tolong bawa backpack paling besar. Sebab ada barang2 selain pakaian dan supplemen/ubatan sedikit sebagai langkah bersedia bagi kesihatan dan keselamatan.


5. BOLEH KURANGKAN KOS BELANJA
"Duit boleh dicari, Pengalaman mana boleh beli."

Adakala travel dengan anak-anak belanja meningkat. Tapi sekiranya anak masih kecil/bayi, banyak penjimatan anda peroleh tau!... Sebab bayi hanya menyusu, jimat duit makan minum. Bagi yang 4-5tahun ke bawah, berapa banyak sangatlah mereka makan. Sebab tu kebanyakan hotel bagi percuma kepada anak-anak ini.  

Ada juga pengangkutan percuma untuk tahap umur tertentu. Bilik tak perlu besar atau banyak. Mereka juga belum pandai minta barang atau hadiah mahal-mahal. Nah... banyak jimat $$$ 

Semoga dapat membantu anda membuat keputusan untuk travel jauh dengan anak-anak. Selagi kita hidup... selagi anak-anak kita bernafas...

No comments:

Post a Comment