Thursday 25 February 2016

Lindungi Keluarga Anda dari Hepatitis A

Hepatitis A adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Bagi kanak-kanak, penyakit ini agak serius. Namun, kebanyakan ibubapa tidak mengetahui tentang Hepatitis A, ancamannya dan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan melindungi anak-anak daripadanya.

Hepatitis A berpunca dari virus Hepatitis A. Tahap penyakit yang disebabkan oleh virus ini berbeza-beza, sama ada pesakit akan terlantar di hospital sementara waktu atau kematian.
 
Tempoh sakit juga bergantung kepada individu; beberapa minggu ke 2 bulan. Kira-kira 10-15% daripada individu yang dijangkiti akan mengalami simptom yang berulang dalam tempoh 6 bulan selepas jangkitan.

Bagaimana ia merebak?
  • Melalui makanan atau air yang telah tercemar
  • Daripada seseorang individu yang dijangkiti kepada individu yang lain melalui najis yang tercemar, diikuti sentuhan tangan ke mulut. (Ini mungkin terjadi apabila anda terlupa membasuh tangan selepas menukar lampin atau menggunakan tandas, tetapi terus menyediakan makanan atau menyentuh mulut.)
  • Daripada kanak-kanak yang dijangkit kepada kanak-kanak yang lain di taman asuhan atau permainan.
  • Ketika perjalanan antarabangsa ke tempat-tempat di mana Hepatitis A adalah endemik.
Hepatitis A sangat mudah berjangkit & disebarkan
Virus Hepatitis mempunyai rintangan yang sangat tinggi dan ia mampu bertahan di persekitaran untuk tempoh yang sangat lama.

Ia boleh hidup di dalam air laut selama beberapa minggu dan tidak termusnah oleh sejukbeku.


Simptom-simptom apabila dijangkiti Hepatitis A
  • Demam
  • Keletihan
  • Hilang selera makan
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Ketidakselesaan abdomen
  • Air kencing berwarna kuning keperangan
  • Jaundis - kulit & mata putih berwarna kekuningan - akibat jangkitan pada hati 
 
Tahap keseriusan penyakit meningkat dengan pertambahan usia. Kanak-kanak kecil yang berumur kurang dari 6 tahun biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jika dijangkiti virus, namun masih boleh menyebarkannya kepada ahli keluarga yang lain.

Ujian makmal & pemeriksaan fizikal perlu dilakukan oleh doktor atau pakar kanak-kanak bagi mengenalpasti jangkitan.


Apakah rawatan bagi Hepatitis A?
Buat masa kini tiada rawatan yang spesifik bagi jangkitan Hepatitis A. Walaupun begitu, beberapa simptom seperti mual, muntah & cirit-birit boleh diubati. Jangkitan biasa akan sembuh sepenuhnya.


Langkah-langkah pencegahan
  • Vaksin Hepatitis yang selamat untuk kanak-kanak - vaksin ini merangsang sistem imun tubuh untuk menghasilkan antibodi yang menentang virus Hepatitis.
  • Kebersihan diri seperti amalan membasuh tangan dengan sempurna setelah keluar dari tandas atau sebelum makan. 
  • Amalan sanitasi yang baik
Bersama-sama kita berusaha mencegah Hepatitis A daripada merebak dan mampu menyelamatkan nyawa.


Ingin menguatkan sistem imun tubuh anda?
Amalkan pemakanan tambahan semulajadi yang dapat membantu memperkuat sistem pertahanan tubuh kita seperti immune booster

Nutriferon, Vivix, Omega GuardSustained Release Vita-C dan Garlic Complex membantu sistem imun kita menjadi lebih efisien untuk melawan serangan patogen. Mencegah adalah jauh lebih baik dari mengubati. Mari kita bantu sistem imun kita. 


Baca: Alahan Alergi Teruk Sembuh Tanpa Ubat

Baca: Manfaat Kebaikan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee

Baca: Resveratrol vs Kanser Sel: Kisah Benar


Nak order Produk Shaklee ini? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com

COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment