Wednesday 22 June 2016

7 Idea Kreatif Susun Atur Ruang Si Comel

Kehadiran si comel dalam hidup anda pastinya amat bermakna. Pabila semakin membesar, anda ingin menyediakan bilik tidur atau ruang yang selesa, cantik, bersih dan selamat untuk anak anda bermain dan belajar.


Berikut adalah 7 Idea Kreatif Susun Atur Ruang Si Comel yang boleh anda jadikan panduan:

1. Pencahayaan
  • Pastikan pencahayaan yang cukup demi menjamin kesihatan mata anak anda.
  • Pasang/Letak lampu di kedudukan yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh anak. Lampu meja misalnya, sesetengahnya mempunyai kepala yang panas atau mentol terdedah. Jika si comel tersentuh bahagian panas mungkin akan menyebabkan kecederaan lecuh.

2. Perabot/Barang-barang
  • Utamakan perabot asas: katil, play-pen, almari pakaian, meja dan kerusi kecil untuk membaca, rak untuk menyimpan permainan.
  • Jangan terlalu banyak perabot dan barang-barang agar luas kawasan untuk bermain dan berehat.
  • Pastikan perabot mesra kanak-kanak: diperbuat dari bahan yang selamat tanpa bahan kimia merbahaya/toksin dan tiada bucu tajam.
 

Bacaan lanjut: 10 Rahsia Ruang Belajar Yang Selesa Di Rumah


3. Perhiasan Katil
  • Jangan letak terlalu banyak bantal dan anak patung di atas katil. Ini penting untuk mengelakkan risiko lemas semasa tidur.
  • Cadar, sarung bantal dan selimut diperbuat daripada kain kapas agar si comel berasa selesa, nyaman dan tidak panas.

4. Cat Dinding
  • Pastikan mengecat bilik menggunakan cat yang berkualiti, tidak berbau dan selamat untuk kanak-kanak.
  • Cat anti-conteng amat bagus kerana dinding senang untuk dibersihkan.
  • Cat dengan warna yang sesuai untuk si kecil (terang dan ceria).

5. Kemasan Dinding
  • Kemasan dinding dibuat mengikut kreativiti dan kemampuan. 
  • Gunakan kertas dinding, lukisan mural atau teknik khas semasa mengecat (seperti menggunakan pita pelekat, berus kasar, kertas tisu dll)

6. Hiasan Dinding
  • Dinding yang dihiasi gambar-gambar menarik (seperti kad-kad atau maklumat pembelajaran) akan menarik minat si comel.
  • Gantung perhiasan yang sesuai dan selamat.

7. Kemasan Lantai
  • Elakkan penggunaan permaidani sekiranya anak anda mengalami asma/lelah. Permaidani mudah memerangkap habuk.
  • Cukup dengan jubin biasa atau lantai kayu berlamina.

No comments:

Post a Comment