Monday 20 June 2016

Anak Berdengkur: Bahaya Ke Tak Bahaya?

Pernahkan anak anda tidur berdengkur? Adakah tidur anak anda terganggu akibat terjaga secara mengejut atau mengalami sesak nafas akibat berdengkur?

Tidur berdengkur terjadi apabila udara dari hidung dan mulut ke peparu tersekat. Gangguan tidur ini mungkin menyebabkan pernafasan terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat. 



Jika berlarutan ia tidak seharusnya di pandang ringan. Bukan sahaja pada anak kecil, tetapi kita yang dewasa juga. Lebih membimbangkan jika anak itu mempunyai nafas yang turut berbunyi ketika berjaga sepanjang hari.

Kanak-kanak yang mengalami masalah berdengkur atau kesukaran bernafas yang serius akan menyebabkan kekurangan oksigen. Ini akan mengganggu atau membantutkan pertumbuhan otaknya. 


Apakah kesan tidur berdengkur kepada anak?

  • Mengantuk di siang hari
  • Kurang daya fokus/penumpuan
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang cerdas 
  • Letih
  • Lesu
  • Sakit kepala
  • Psikologi terganggu seperti cepat marah atau mengamuk 
  • Sering terjaga malam

Apakah faktor tidur berdengkur?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah bergdengkur atau nafas berbunyi di kalangan kanak-kanak, sama ada kongenital (bawaan/kecacatan semasa lahir) atau penyakit tertentu. 

Berikut adalah beberapa faktor yang dikenalpasti:
  • Posisi tidur yang tidak betul
  • Kegemukan atau obesiti 
  • Jangkitan kuman seperti tonsil yang bengkak 
  • Kecacatan pada hidung yang menyebabkan hidung tersumbat
  • Saluran pernafasan di bahagian atas yang bermasalah - kawasan rongga mulut, hidung, peti suara dan kerongkong yang mengecil dan tersumbat
  • Tulang hidung bengkok
  • Tisu berlebihan/ketumbuhan di anak tekak dan kerongkong seperti tonsil. 
  • Kecederaan/ pada bahagian salur pernafasan

Cara Mencegah atau Rawatan
  • Faktor kongenital boleh dirawat oleh pakar telinga, hidung dan mulut dengan ubat-ubatan atau pembedahan. 
  • Bawa anak berjumpa pakar pemakanan sekiranya dia mengalami masalah kegemukan/obes.
  • Ajar anak posisi tidur yang betul seperti sunnah Rasulullah iaitu dengan mengiring ke belah rusuk kanan.



Omega Guard (minyak ikan) - Makanan tambahan yang mungkin membantu mengurangkan atau mengatasi masalah berdengkur akibat pemendapan kolesterol jahat yang menyempitkan laluan udara (saluran pernafasan). 

No comments:

Post a Comment