Friday 17 June 2016

Ayam Masam Manis


Bahan-bahan:
=========
1 ekor ayam
2 biji bawang besar/holland/gabungan
4 biji bawang putih
1/2 cawan Sos cili (Life)
1 cawan Sos tomato (Life)
Gula
Garam
Minyak masak
Air
Tepung jagung (bila perlu)


Cara-cara:
=======
1. Gaulkan sedikit garam ke ayam 
2. Panaskan minyak masak
3. Goreng ayam sehingga masak. Kemudian, toskan lebihan minyak.
4. Sementara tunggu ayam masak, kisar semua bebawang tadi dengan sedikit air (sama paras bawang dalam pengisar)
5. Guna sedikit minyak goreng ayam tadi untuk menumis bahan kisaran bebawang.
6. Setelah naik bau atau sedikit kekuningan, masukkan sos tomato, sos cili dan gula (ikut citarasa kemanisan anda).
7. Jika ingin kuah yang banyak, anda mungkin perlu tambah 1-2 cawan air. Untuk memekatkan kuah, larutkan 1-2 sudu makan tepung jagung dengan sedikit air. Kemudian, tambahkan ke dalam kuah.
8. Setelah pekat, masukkan ayam goreng tadi.
9. Biarkan selama 5 minit dengan api sederhana.


No comments:

Post a Comment