Wednesday 22 June 2016

Bihun Goreng Kunyit


Bahan-bahan:
=========
1. 1 bungkus Bihun
2. 1 biji bawang besar/Holland atau 5 biji bawang merah
3. 3 biji bawang putih
4. 1 inci kunyit hidup
5. Ikan bilis 
6. Stik Ketam
7. Lobak merah
8. 2 biji telur
9. Minyak masak/zaitun
10. Garam
11. Gula

Cara-cara:
=======
1. Rebus bihun sehingga masak.
2. Kisar bawang besar/holland, bawang putih, kunyit hidup & ikan bilis.
3. Tumis bahan kisaran.
4. Pabila naik bau, masukkan garam gula secukup rasa.
5. Masukkan lobak merah (hiris halus) & stik ketam (potong kecil). 
*Sekiranya ingin guna bahan-bahan basah yang lain seperti dada ayam atau bebola ayam/ikan, pastikan masukkan bahan tersebut terlebih dahulu sebelum lobak merah & ketam.
6. Bahan-bahan no.5 dah masak, pecahkan telur.
7. Setelah telur hampir masak, masukkan bihun & gaul rata.

Siap!!!...

No comments:

Post a Comment