Thursday 16 June 2016

Kambing Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:
=========
250gm Kambing
1 biji bawang besar/holland
3 biji bawang putih 
Garam
Sos lada hitam (Puteri) 
Gula/gula perang 
Minyak masak/zaitun


Cara-cara:
=======
1. Kambing di potong dadu
2. Kambing diperap bersama bawang besar/holland & bawang putih (potong halus/cincang) dan garam, selama 30 minit dalam petiais. Jika tak sempat masak terus boleh. 

3. Panaskan sedikit minyak masak/zaitun
4. Masukkan kambing perapan tadi 

5. Apabila semua kambing telah hampir masak (semua bertukar warna dari merah ke coklat), masukkan sos lada hitam. 

Saya suka jenama puteri sebab ia tak pedas sangat. Anak-anak saya pun suka. 

6. Kemudian, masuk 1 sudu makan gula (saya guna gula perang)

7. Biarkan dalam paling kurang 5 minit atau sehingga semua kambing telah masak. 
Ini hasilnya. Sesuai dengan nasi, pita, roti, salad atau apa sahaja senang kata.

Saya?... Sungguh enak dimakan begitu sahaja.
Anak-anak kecil saya pun suka. 

No comments:

Post a Comment