Sunday 19 June 2016

Milky Macaroni with Mixed Herbs ala-ala Carbonara


Sempena Hari Guru 2016 yang lalu, saya menyediakan Milky Macaroni with Mixed Herbs untuk SRA anak. Alhamdulillah licin semua 4 bekas di makan murid2. 

Anak-anak saya juga suka. Rasanya seakan carbonara sebenar dengan pelbagai keju. Sedangkan saya tidak guna sebarang keju. 


Bahan-bahan:
=========
2 bungkus elbow macaroni 
4 dada ayam*
1 tin cendawan butang*
1 bungkus bebola ayam/ikan*
6 batang saderi/celery*
2 kotak susu Full Cream Dutch Lady 1L
2 biji bawang besar/Holland*
10 biji bawang putih*
Mixed herbs
Minyak masak/zaitun
Garam 

Saya bahagikan bahan2 kepada dua kerana pan saya hanya muat untuk sebungkus macaroni. Saya masak 2 pan serentak.

Cara-cara:
=======
1. Didihkan air bersama 3 sudu besar minyak & 1 sudu makan garam. Kemudian rebus macaroni sehingga masak. Kacau sekali sekala. Kemudian toskan airnya. 

2. Potong bahan-bahan (*) seperti gambar di bawah. 
Dada ayam potong dadu kecil (boleh guna ayam cincang); 
Cendawan butang hiris halus; 
Saderi potong kecil;
Bebola ayam/ikan bahagi 4 atau 8 bergantung saiz; 
(saya guna bebola ayam Ayamas-potong 4/bebola ikan Fusipim potong 8)
Bawang besar/Holland & bawang putih cincang halus

 3. Panas sedikit minyak masak/zaitun.
4.Tumis semua bebawang.
5. Masukkan secubit Mixed Herbs (untuk setiap pan). 
Sekiranya tiada mixed herbs atau tak nak letak pun tidak mengapa.
Anda boleh sediakan Mixed Herbs sendiri dgn mencampurkan sedikit Thyme, Rosemary, Basil & Oregano.
6. Apabila naik bau, masukkan ayam

7. Setelah semua ayam berubah warna/masak, masukkan susu Full Cream Dutch Lady 1L. Biarkan mendidih dengan api kecil/sederhana sehingga pekat sedikit. Kacau sekali sekala.
Rahsia rasa hidangan ini seperti carbonara dengan pelbagai keju adalah dengan mendidihkan susu lama sedikit sehingga pekat.  

8. Masukkan bebola ayam/ikan & cendawan butang. 

9. Tunggu bebola masak untuk masukkan saderi.

10. Masukkan pasta macaroni dan gaul rata semua kuah & bahan.

Sedia dimakan!

Yang ni saya guna ayam cincang Ramli


Anda boleh menggunakan resepi ini untuk pasta yang berbeza seperti:(klik pasta)
-Linguine-
 -Fettuccine-
-Small Shell-
-Rotini-
-Spaghetti-

1 comment: