Tuesday 16 August 2016

10 Amalan Biasa Yang Membinasakan

Bersyukur kerana kita masih lagi bernafas. Pernahkah kita muhasabah diri; "Apakah yang telah aku lakukan kepada diriku selama hidupku?"

Dalam kehidupan seharian, ada beberapa perkara yang biasa kita lakukan tetapi tanpa kita sedari meninggalkan kesan negatif pada diri kita.


Dan sekiranya kita masih belajar atau anak-anak kita adalah pelajar, mungkin "perkara biasa" tersebut merupakan antara faktor-faktor lemah daya ingatan, kurang daya fokus dan tiada keberkatan ilmu. 

Di sini saya senaraikan 10 Amalan Biasa Yang Membinasakan
  1. Ketawa yang melampau.
  2. Makan dan minum yang berlebihan sehingga terlalu kenyang.
  3. Tidur yang berlebihan.
  4. Mengambil makanan ringan/junk food.
  5. Mengambil makanan rakan tanpa meminta izin.
  6. Mengumpat atau mengaibkan rakan dan guru.
  7. Menunjuk-nunjuk pandai atau loyar buruk di hadapan guru.
  8. Mengambil barang-barang rakan tanpa izin.
  9. Memandang aurat orang lain. 
  10. Merokok.

Percaya atau tidak, ada sesetengah amalan biasa di atas kita masih lakukan sehingga kini. Malah sehingga dah bergelar ibubapa pun. 

Bersamalah kita berusaha ke arah hidup yang lebih bermakna dan dirahmati-NYA. 

No comments:

Post a Comment