Thursday 4 August 2016

14 Tips Mengurangkan Paras Kolesterol Tanpa Ubat

Kolesterol dihasilkan oleh hati dan ia ada dalam darah setiap manusia. Sememangnya kita manusia memerlukan kolesterol untuk pembentukkan sel-sel, hempedu dan hormon tertentu. 


Mengikut American Heart Association, dalam sehari tubuh manusia hanya memerlukan kolestrol sebagaimana berikut:

Bagaimana dengan kita? Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil jumlah kolesterol lebih dari yang diperlukan tubuh. 
Memang sedapkan kesemua makanan di atas? 
Tapi cuba lihat nilai kolesterol pada setiap menu. Tinggi, kan?...

Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kaya dengan kolesterol akan menyebabkan kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah.

Sememangnya merbahaya kerana ia boleh menjadi punca kepada beberapa penyakit, seperti:
  • penyakit jantung koronari
  • serangan strok atau angin ahmar
  • darah tinggi
Terdapat 2 faktor utama paras kolesterol darah tinggi:
  • Faktor Genetik - mengakibatkan penghasilan kolesterol berlebihan oleh hati. Faktor ini sukar dikawal walaupun seseorang itu cuba mengurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol.
  • Faktor Pemakanan Tidak Seimbang - boleh dicegah melalui beberapa amalan pemakanan sihat. 10%-20% paras kolesterol boleh diturunkan dengan mengubah pola pemakanan.

Tahap Kolesterol Terbahagi 2
  • Low Density Lipoprotein (LDL) atau lebih dikenali sebagai Kolesterol Jahat. Ia membawa kolesterol untuk dimendapkan pada tisu.
  • High Density Lipoprotein (HDL) atau lebih dikenali sebagai Kolesterol Baik. Ia mencegah pemendapan kolesterol pada tisu. 

Panduan Tahap Kolesterol Dalam Darah
  • Usia <30 tahun: paras kolesterol mesti <5.2 mmol.
  • Usia 30 tahun dan ke atas: paras kolesterol mesti <4.7 mmol.


Tips Mengurangkan Paras Kolesterol Tanpa Ubat

Tips ini lebih kepada cara pencegahan dan penurunan tahap kolesterol bagi faktor pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup. Pakar perubatan akan memberikan ubat bagi faktor genetik.


  1. Ubah tabiat pemakanan harian. Amalkan diet seimbang dengan membanyakkan pengambilan makanan berkolesterol rendah. Antaranya seperti kacang soya, tauhu, tempe, gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak. Tumis masakan dengan kuantiti minyak yang sedikit. Penggunaan minyak zaitun adalah lebih baik.
  3. Amalkan oatmeal ketika sarapan pada setiap hari. Kajian membuktikan oatmeal membantu dalam penurunan paras kolesterol. 
  4. Sekiranya ingin makan daging, pilih kepingan daging tanpa lemak.
  5. Jika ingin makan ayam, buang kulit ayam terlebih dahulu sebelum dimasak.
  6. Elak mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, hati lembu dan otak lembu.
  7. Kurangkan pengambilan susu penuh krim.
  8. Pilih aiskrim atau keju yang rendah lemak.
  9. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolesterol, atau pilih telur yang kaya omega dan kurang kolesterol. 
  10. Jangan menggunakan minyak masak berulang-kali ketika menggoreng.
  11. Jika merokok, cuba sedaya upaya untuk berhenti.
  12. Kurangkan berat badan jika terlalu gemuk atau obes. Dapatkan berat badan ideal (BMI < 25) 
  13. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu. Bersenam membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
  14. Amalan pengambilan makanan tambahan (supplemen) seperti Omega Guard dan Phytocol-ST boleh membantu mengawal tahap kolesterol dalam darah.
Jika 1% kolesterol berjaya diturunkan, risiko sakit jantung koronari mungkin dapat dikurangkan 2%. Ini bermakna, pesakit boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari sebanyak 10% seandainya paras kolesterol darah berjaya diturunkan 5%. (Sumber: Kesihatan Keluarga)

Kita mampu mengubahnya.


Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-St Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Ia dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu mengawal kolestrol dalam saluran darah. 

Phytocol-ST juga diciptakan khas untuk mencegah kolesterol jahat dari melepasi dinding perut dan masuk ke dalam saluran darah dalam tubuh badan kita.


Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee adalah antara Minyak Ikan yang Terbaik di dunia dan diekstrak dari laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia juga bukan dihasilakan melalui hati ikan. Malah, produk hebat shaklee ini juga adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati ikan.
  
Berbanding dengan produk lain di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Satu sajian OmegaGuard Shaklee dapat membekalkan hampir 1000mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA
  • Menyokong Kesihatan Kardiovaskular – Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Produk ini membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  • Mengawal Paras Kolestrol – Bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik (HDL). Kolesterol baik ini akan mengeluarkan kolestrol dalam pembuluh arah agar tidak terjadi pengenapan kolestrol di situ.
  • Menguraikan lemak – Mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

Nak order Phytocol-ST & Omega Guard ini? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com

COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment