Friday 19 August 2016

7 Amalan Solat Sunat Yang Biasa Namun PENTING

Solat adalah penghubung utama kita dengan Pencipta kita, Allah SWT. Amalan Solat Sunat amat dituntut kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding ibadat-ibadat sunat yang lain.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah: 45)

Berikut adalah 7 Amalan Solat Sunat Yang Biasa dilakukan:
  1. Solat Sunat Tahajud - memberi kekuatan jiwa
  2. Solat Sunat Taubat - memohon keampunanNYA
  3. Solat Sunat Hajat - memohon hajat dan bantuan Allah
  4. Solat Sunat Istikharah - memohon petunjuk atau membuat pilihan
  5. Solat Sunat Dhuha - meminta kemurahan rezeki 
  6. Solat Sunat Rawatib - menyempurnakan kekurangan solat fardhu 
  7. Solat Sunat Witir - penutup amalan seharian
Sesungguhnya kita sebagai hamba akan berada sangat hampir dengan Allah ketika kita sujud. 

No comments:

Post a Comment