Friday 5 August 2016

Ajari Anak Menabung Sejak Kecil & Peranan Anda sebagai IbuBapa



Perkongsian cara-cara dan pengalaman Nora bersama suami mengajar anak-anak kami (Husna & Hafiz) berjimat-cermat dengan menabung sejak kecil. Ini juga merupakan salah satu tips perancangan kewangan kami.


Cara 1: Tabung Comel

Tamat sesi persekolahan Tahun1 2015 yang lalu, saya meminta Husna kira duit tabungannya. Walaupun bersekolah di Kuala Lumpur, kami hanya beri rm4 sehari (rm2 sekolah kebangsaan & rm2 Sek Ren Agama). Kadang2 je bawa bekal ke Sek Keb. Kebanyakannya tak bawa bekal. Air? Wajib bawa air kosong. Saya selalu berpesan kepada Husna jangan membazir beli yang mengarut macam sticker dll kat koop sekolah. Baik simpan dalam tabung comel atau masuk tabung sedekah sek keb setiap Jumaat. 

Alhamdulillah berjaya juga dikumpul rm120-an sepanjang Tahun1 2015. (Dlm gambar di atas ada rm50 & rm10 tuu sebab saya kehabisan duit kecil rm1 tuk belanja sekolah Husna, jadi saya tukar dengan duit tabung dia). 

Setelah kami beri beberapa hadiah pengiktirafan sempena kecemerlangan Husna di Sek Keb & SRA, namun dalam hati dia masih menginginkan koleksi comel MyLittlePony (gambar) yang berharga rm70. Maka, saya kata inilah masanya Husna menggunakan & merasai duit tabung simpanan Husna. Gembiranya hati dapat beli walau kat rumah dah bertimbun MyLittlePony yg lain. Malahan semangat untuk menabung Tahun 2016 makin kuat.

Si adik, Hafiz juga telah memulakan usaha menyimpan duit sebab ingin membeli koleksi lego atau kereta. Saya mulakan dengan memberi 10sen untuk setiap helaian buku yang dia baca. Sambil menyelam minum air. Duit dapat, bacaan semakin baik. Akhirnya anak 5tahun berjaya beli lego dengan duit sendiri.


Lagi bagus jika dapat buat Tabung Sedekah Subuh atau Tabung Warna. Apa tu tabung warna?

Ia adalah tabung mengikut warna duit. 

  • Tabung Biru = RM1
  • Tabung Hijau = RM5
  • Tabung Merah = RM10
  • Tabung Kuning/Oren = RM20 

Cara 2: Tabung Haji

Begitu juga duit raya yang mereka dapat setiap tahun, beserta duit ziarah dalam pantang & cukur jambul, kami tidak benarkan mereka atau diri kami sentuh. Sebaliknya disimpan dengan baik dalam Tabung Haji (hati senang sebab sesiap tolak Zakat).


Setiap bulan saya tunjukkan baki kepada mereka. Itu semua hak mereka. Tapi mereka juga TIDAK boleh sentuh. InshaAllah tamat alam sekolah rendah cukup simpanan tuk mereka pergi haji. Mereka telah daftar haji pada 2013 dan Tahun Peruntukan Haji mereka 2062, InshaAllah. 

Nah... ini salah satu cara anda sebagai ibubapa tidak perlu menggunakan duit anda untuk membuat simpanan anak2. Hanya perlu mendisiplinkan diri untuk tidak menyentuh duit raya anak2. Bonus Tabung Haji agak lumayan berbanding ASB, ditambah dengan penyucian harta simpanan setelah dizakatkan.

Penyucian harta amat penting untuk mengelak musibah. Nauzubillah. 


Cara 3: Insurans Pendidikan & Kesihatan Anak

Kami mempelbagaikan simpanan tuk anak2. Cara ini juga mengajar kami berdisiplin.


Kami hanya buat berdasarkan kemampuan. Memang tak banyak. Dalam rm150 setiap seorang, Husna & Hafiz. Pilihlah agen yang anda percaya. Lagi awal lagi lebih simpanan.


Cara 4: Simpanan Emas 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, suami menyarankan kepelbagaian simpanan yang lain, iaitu emas. Pun sedikit demi sedikit. Beruntunglah jika anda tinggal di pantai timur, kerana katanya emas di sana murah sedikit.

Kami membeli sedikit emas dari AlRajhi Bank sebab sudah tidak percaya dengan emas orang perseorangan. Sedikit untuk setiap seorang. Husna & Hafiz juga guna duit masing2.

Psssttt... Amaran keras!!!...
Jangan simpan kat rumah. Simpan kat mana2 safety box/room, misalnya di mana2 bank. Anda akan dikenakan yuran tahunan.

Zakat Emas juga jangan lupa. Untuk emas yang tidak dipakai (disimpan), zakat hanya dikenakan bagi simpanan melebihi 85 gram.


Cara 5: Ajar Memberi Kepada IbuBapa

Ajar anak2 beri sebahagian hasil titikpeluh kepada ibubapa. Biar sedikit tapi istiqomah. Masa beri duit pada datuk dan nenek biar mereka nampak. Bukan menunjuk tapi mengajar.


Cara 6: Sedekah & Zakat

Yang last ni paling penting.

Kami selalu mengingatkan anak2 tentang sedekah. Adakala kami sengaja menyuruh anak2 masukkan duit ke dalam tabung sedekah di mana2.

Suami potong gaji tuk zakat. Saya tidak. Suka bayar hujung tahun. Maka, ambil kesempatan ini bawa anak2 ke Pusat Zakat sambil menerangkan mereka tentang zakat. Mereka juga melihat cara melafazkan niat zakat & berdoa.

Setiap rm1 yang anda zakatkan anda akan peroleh semula rm1 semasa claim PCB incometax!!!... 
MashaAllah jangan lepaskan peluang.

Semoga berguna sedikit sebanyak sebagai panduan dunia keibubapaan. 

No comments:

Post a Comment