Saturday 6 August 2016

Bihun Goreng Putih | Bihun Singapore

Selamat berhujung minggu!
Rakan ibu-ibu rancang nak buat sarapan pagi untuk keluarga?
Mungkin boleh masak menu mudah ini.

BIHUN GORENG PUTIH a.k.a BIHUN SINGAPORE


Bahan-Bahan:
==========
1 bungkus  (450-500gm) Bihun
2 dada ayam (boleh tukar dengan apa2 bahan: udang, sotong, bebola dll)
1 batang lobak merah (atau 1 cawan sayur campur/mix veg.)
3 biji telur
1-2 biji bawang besar/Holland
5 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis 
Air 
Sedikit minyak masak
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
*Segenggam taugeh (optional)
*lada hitam (optional)


Cara-cara:
=======
1. Rendam bihun dalam 1 besen air beberapa minit sehingga lembut. Jika nak cepat, boleh rebus bihun atau rendam dalam air panas tapi jangan lama sangat. Nanti hancur.
2. Sementara rendam, kisar halus bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak & masukkan bahan kisaran. (boleh tambah lada hitam jika suka. saya tak guna lada hitam)
4. Setelah air kering sedikit, masukkan dada ayam yang telah dipotong dadu.
5. Pabila warna ayam bertukar putih, masukkan lobak merah yang dihiris nipis memanjang. 

6. Letak garam & gula.
7. Pecahkan telur ke dalam tumisan.

8. Masukkan bihun tadi. (Jika suka taugeh, masukkan serentak)

Siap!

Lagi sedap makan dengan sambal kicap.
Jom sarapan!

No comments:

Post a Comment