Wednesday 10 August 2016

Cegah Sembelit Dengan Supplemen Semulajadi

Kita biasa mendengar kes sesetengah ibu-ibu yang baru melalui proses kelahiran mengalami masalah sembelit. Kenapa ya?

Mungkinkah akibat perubahan psikologi?
Saya sendiri takut untuk membuang kerana membayangkan jahitan akan terbuka. Akibatnya saya mengalami sembelit selepas melahirkan anak yang pertama.

Mungkinkah akibat diet pemakanan yang tidak seimbang?
Saya lebih banyak makan ikan ketika dalam pantang. Saya kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan pada ketika itu kerana kurang kesedaran. Nahhhh saya sengsara sembelit.


Sembelit bukan sahaja berlaku pada wanita yang baru bersalin, malah kaum lelaki dan juga kanak-kanak. Individu yang bermasalah sembelit akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Sembelit adalah pergerakan usus yang tidak kerap yang tidak selesa.

Berikut adalah antara sebab-sebab utama berlaku sembelit:
  • Kurang minum air
  • Kurang mengambil makan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makanan tak dihadam dengan baik
  • Kurang magnesium dalam diet harian
Selain daripada sembelit, kekurangan magnesium juga boleh dikesan sekiranya berlaku kekejangan otot kaki pada waktu malam. Bukan kalsium je tau.

         
Ada tak supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit?
Anda boleh mencuba supplemen yang mengandungi magnesium


Bagaimana magnesium boleh membantu mengelakkan sembelit?

Magnesium adalah salah satu mineral yang perlu untuk kesihatan menyeluruh fizikal tubuh. Ia amat penting dalam mekanisma pengecutan otot. Keseluruhan saluran pencernaan itu sendiri terdiri daripada otot.

Magnesium memainkan peranan dalam meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu merangsang berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak di sepanjang saluran pencernaan).

Kesan pengurangan atau pencegahan sembelit oleh magnesium ini berlaku melalui 2 mekanisme berbeza:


Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.


Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus besar (kolon) untuk melembutkan najis, seterusnya memudahkan pergerakan najis.

Memandangkan usus akan menyerap air berlebihan dari tubuh, maka amat penting untuk kita minum air yang banyak setelah mengambil supplemen magnesium. Ini akan mengelakkan kita dari dehidrasi (kekurangan air).  


Sumber: natural-indigestion-relief.com


Cegah Sembelit Dengan Supplemen Semulajadi | OsteMatrix Shaklee


OsteMatrixShaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Bacaan Lanjut: OsteMatrix Shaklee: Bukan Sekadar Kalsium


Testimoni OsteMatrix Shaklee

Nak order OsteMatrix ini? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment