Saturday 13 August 2016

Tips Pelajar Cemerlang: 10 Adab Berdoa

"Dan Tuhan kamu telah berfirman: Mohonlah kepada-Ku, nescaya Aku memperkenankan permohonan kamu."
(Surah al-Mu'min: 60)

Sabda Nabi SAW "Doa itu ialah ibadah."
(Riwayat Abu Daud & al-Tarmizi)


Apabila kita berdoa maksudnya kita memohon atau meminta kebaikan daripada Allah SWT. Sesungguhnya doa adalah satu kewajipan bagi seorang pelajar.

Senjata paling berharga untuk berjaya --> DOA


10 Adab Berdoa

  1. Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa.
  2. Menghala ke arah kiblat, mengangkat kedua-dua tangan & menyapu muka selepas berdoa.
  3. Merendahkan suara.
  4. Merasa hina, merendah diri & fokus.
  5. Yakin doa akan diterima oleh Allah SWT.
  6. Bersungguh-sungguh berdoa & mengulanginya sebanyak 3 kali.
  7. Mulakan berdoa dengan memuji Allah SWT, zikir & selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  8. Menghayati doa & bertawakal dengan ketentuan Allah SWT.
  9. Jangan meminta doa dalam bentuk paksaan.
  10. Jangan berputus asa daripada berdoa.

Bacaan Lanjut: 

No comments:

Post a Comment