Friday 12 August 2016

Tips Pelajar Cemerlang: 13 Adab Bersama Guru

Pelajar yang cemerlang sentiasa mengharapkan redha Allah. Nora selalu berpesan kepada bekas-bekas pelajar Nora semasa di Pusat Asasi UIAM bahawa "Redha Allah terletak pada Redha IbuBapa dan Guru-guru". 


Menghormati dan memuliakan guru adalah adab yang amat penting untuk anak-anak memperoleh keberkatan terhadap ilmu yang dipelajari. Namun, ada sesetengah murid mengabaikan adab ini. Memang sedih. 

Ingin Nora kongsikan di sini Adab Bersama Guru yang Nora ulangkaji ketika membaca buku-buku sekolah anak; iaitu Buku Teks Akhlak dan Terapi Jiwa. Sebahagian tips Nora tambah berdasarkan pengalaman.  


13 Adab Bersama Guru
  1. Rajin memberi salam dan senyum apabila bertemu guru.
  2. Sentiasa menghormati, mengikut arahan dan nasihat guru.
  3. Berpakaian menutup aurat dan duduk dengan sopan. 
  4. Bercakap dan bertanya apabila diizinkan guru.
  5. Tidak banyak bercakap kosong ketika di hadapan guru. Jangan berbisik-bisik dengan tiada sebab (kecuali diizinkan guru untuk perbincangan sesama rakan)
  6. Elakkan daripada membantah pendapat guru kecuali jika dibenarkan atau semasa sesi perdebatan pendapat.
  7. Elakkan memberi sebarang petanda yang anda lebih tahu daripada guru.
  8. Tidak berpaling ke kiri dan ke kanan. Sebaliknya sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya semasa di dalam kelas.
  9. Jangan berasa sombong dengan ilmu yang murid-murid ada.
  10. Jangan tidur atau leka/lalai ketika guru sedang mengajar.
  11. Jangan mengumpat guru. 
  12. Sentiasa mendoakan kesejahteraan guru dan mengingati jasa-jasa mereka walau di mana mereka berada. 
  13. Memohon ampun maaf sekiranya telah melakukan kesalahan atau mengecilkan hati guru. 

Bacaan Lanjut:


6 Kelebihan Mengamalkan Adab Bersama Guru
  1. Ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan dan murid-murid dirahmati Allah.
  2. Dikasihi guru dan rakan. 
  3. Guru akan mendoakan kesejahteraan anak-anak murid. 
  4. Mudah mendapat bantuan guru dan rakan sekiranya berada dalam kesusahan.
  5. Jiwa dan hati menjadi tenang.
  6. Mendapat kejayaan yang cemerlang dunia akhirat.

6 Akibat Mengabaikan Adab Bersama Guru
  1. Ilmu yang diperolehi tidak diberkati oleh Allah.
  2. Maruah diri tercemar kerana dibenci oleh guru dan rakan.
  3. Sukar mendapat pertolongan daripada guru.
  4. Jiwa menjadi resah. 
  5. Mungkin dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
  6. Tidak mendapat kejayaan yang cemerlang.

Ingat jagalah adab ketika bersama atau di 'belakang' guru. 
Sekiranya tidak menjaga adab, gurumu akan berkecil hati.
Pabila guru berkecil hati, beliau mungkin akan tidak meredhai dan tidak memaafkan.
Maka, dari mana nak mendapat keberkatan ilmu.
Tanpa keberkatan ilmu, jangan diimpi kejayaan yang cemerlang dunia akhirat.

Semoga menjadi peringatan kita ibubapa dan anak-anak bersama. 

No comments:

Post a Comment