Sunday 14 August 2016

Tips Pelajar Cemerlang: 15 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kita mesti selalu berdoa kepada Pencipta kita. Berdoalah tidak kira ketika kita dalam keadaan senang mahupun susah.


Sebenarnya terdapat waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Setiap kali berdoa pastikan hati kita khusyu’ dan memohon dengan penuh tawadhu’. Hati juga perlu ikhlas. Lebihkan berdoa pada waktu mustajab.

Nasihat saya kepada adik-adik dan anak-anak pelajar; jangan tunggu esok nak exam baru hari ini nak berdoa. Tidak. Jangan ya. Mulakan dari sekarang dan secara berterusan hingga ke sepanjang hari-hari exam. Jangan berhenti berdoa sampailah pada detik kita nak mengambil keputusan exam. 

Bukan sahaja para pelajar, malah ibubapa juga mesti berdoa dari sekarang. 


15 Waktu Mustajab Untuk Berdoa
  1. Selepas solat fardhu.
  2. Waktu tengah malam atau sebelum Subuh, terutama di sepertiga malam yang terakhir.
  3. Ketika sedang sujud di dalam solat.
  4. Ketika dizalimi atau dianiaya.
  5. Ketika menerima ujian hidup. 
  6. Ketika berjihad. 
  7. Sebelum matahari terbit atau selepas Subuh.
  8. Semasa berpuasa, terutama sebelum berbuka.
  9. Sewaktu khatam Al-Quran.
  10. Pada hari Jumaat.
  11. Waktu antara azan dan iqamat. 
  12. Waktu hujan turun.
  13. Malam LailatulQadar.
  14. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
  15. Sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
Usaha+Doa+Tawakal --> Kejayaan Cemerlang 

No comments:

Post a Comment