Thursday 22 September 2016

10 Tips Atasi Stress Cara Santai

Salam Sejahtera! Salam Ceria!

Stress? Kenapa stress stress ni? Jangan tau. Tidak kira apa pun punca stress pasti ada cara mengatasinya. Cuba hilangkan stress dengan cara yang mudah, santai dan kreatif. Lakukan apa yang kita suka bersama insan2 tersayang.
Hari ini Nora nak share cara Nora atasi stress. Siapa kata jadi surirumah WAHM tak stress? Bohonglah jika kata tiada kan. Semoga Tips Nora membantu anda rakan2 sedikit sebanyak.

1. Solat & Berdoa
Selepas solat, berdoa dan merintihlah kepadaNYA. Luahkan apa sahaja yang terpendam di hati. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar.

Solat sunat ditengah malam lagi lebih membantu. Ini kerana lebih banyak oksigen disalurkan ke sel-sel otak apabila kita sujud lama2. Solat juga umpama senaman yang melancarkan peredaran darah.


2. Mengaji & Berzikir
Tetiba teringat dialog perbualan dengan Hafiz (6 tahun) dalam kereta.

"Ibu, tak penat ke mulut ibu berzakat?" Hihi Hafiz maksudkan zikir.

Banyak kajian yang membuktikan mengaji dan berzikir mampu menangani stress. Malah mendengar sahaja pun membantu, inikan pula jika mulut kita melafazkannya.
Ada juga sumber rujukan menyatakan mengaji dapat memperkuatkan sistem imun tubuh kita.


3. Memasak Hidangan di Dapur
Nora memang suka memasak. Lagi banyak menu dapat masak tuk family lagi rasa happy. Adakala ajak anak2 sekali memasak. Macam main masak2 pondok2 dengan mereka. Memang penat tapi seronok. Bila masak kita menumpu kepada list menu dan prosedur, jadi kita tak fikir masalah yang sebabkan kita stress.

Kek microwave Milo 3-minit dibuat bersama anak2 kecil
  
4. Riadah & Main dengan Husna Hafiz & Suami
Banyak permainan yang kali main, tak kira weekdays atau weekends. Main dam haji, SOS, XOXO, kad2 Uno/boboiboy, penutup botol, lawan pemadam pokemon, lawan pen, pokemon figurines, lego, my little pony, pizza/bread challenge, hotwheels, badminton, bola sepak, slingshot, musang-ibu ayam, basikal, nyorok2, pondok2, bumper cars, taman permainan, tanam2 pokok, etc.

5. Bercuti ke Pantai atau Bukit
Bab tidur2 hotel ni memang paling best. Tak perlu mahal2 ke luar negara, dalam Malaysia cukup. Nanti pakai banyak duit lagi bertambah stress. Kita nak release stress.


6. Coklat, kek coklat, aiskrim coklat
Apa-apa yang berunsurkan coklat (koko) dapat membantu menangani stress.


7. Supplemen semulajadi B-Complex & Ostematrix
Kedua-dua vitamin ni memang banyak membantu untuk menenangkan. Bcomplex deals dengan sistem saraf kita. Ostematrix deals dengan otot. Cubalah!

Bacaan Lanjut: Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium 


8. Makan Makan Makan
Kami suka makan kat Pekan Station. Haaa yang ni memang macam hampir tiap2 bulan pergi. Murah sedap banyak berbaloi. Rasa seronok hilang stress.

Makan nasi Arab lagi lah banyak umpama tak ingat dunia. Memang tak dapat nak tolong. 
Sebab bila makan tu rasa macam kita kunyah2 masalah atau stress kita kasi hancur.


9. Aktiviti Kreatif Arts & Crafts
Saya suka! Saya suka! Anak2 pun suka. Macam-macam boleh kita buat. Antaranya:

  • Melukis dan mewarna
  • Hand puppets
  • Straw puppets
  • Mereka dan tampal
  • Recycle bekas-bekas terpakai
10. Tidur zzz... zzz... zzz...
Rehatkan sistem-sistem organ tubuh kita. Dah penat bekerja. Sebab tu tak keruan dan stress. Selamat malam.


Extra Tips: 10-B TANGANI STRESS

2 comments:

  1. kalau saya stress, saya minum coffee. hehe

    ReplyDelete
  2. mmmm... sedap coffee. saya suka San Francisco. mmg hilang stress juga

    ReplyDelete