Saturday 3 September 2016

7 Tabiat Bahaya Selepas Makan

Kesihatan kita bukan sahaja dipengaruhi oleh amalan pemakanan, malah aktiviti dan gaya hidup seharian.
Terdapat beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh sesetengah kita selepas makan. Tanpa kita sedari tabiat tersebut bahaya dan patut dielakkan. 

Berikut adalah 7 Tabiat Bahaya Selepas Makan:

1. Mandi 
Mandi akan menyebabkan peningkatan alirah darah ke tangan, kaki dan badan. Sepatutnya aliran darah perlu menumpu pada sistem pencernaan kita. Ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah. Perut juga mudah buncit.

2. Bersukan atau banyak berjalan
Aktiviti berat seperti bersukan atau berjalan banyak selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi dengan optimum dan efisien.

Menurut Kevin Zahri, jika kita ingin mengurangkan berat badan atau melakukan senaman kardio seperti jogging, jangan makan sebelum bersukan.

3. Tidur
Tidur selepas makan menyebabkan makanan tidak akan dapat dicerna dengan betul. Tabiat ini juga dilarang oleh Rasulullah SAW.
Terdapat beberapa kesan negatif apabila tidur setelah makan. 
  • Obesiti – Berat badan akan naik dengan mendadak kerana kalori yang masuk ke dalam tubuh tidak atau kurang digunakan. Kalori tersebut tidak terbakar tetapi akan tersimpan sebagai lemak. Lama-kelamaan akan mengakibatkan kegemukan. (Detox Penting Untuk Singkir Parasit & Toksin Dalam Tubuh)
  • Diabetes – Kencing manis atau diabetes mellitus timbul akibat kegemukan atau obesiti. Tidur akan menyebabkan badan kita kurang aktiviti dan tenaga tidak digunakan. (17 Testimoni Vivix Bantu Pesakit Kencing Manis)
  • Serangan Jantung – Lemak yang berlebihan akan diangkut ke tisu adipose untuk disimpan. Semasa pengangkutan lemak melalui salur-salur darah, berkemungkinan besar akan berlaku pemendapan. Ini akan meningkatkan risiko salur-salur darah utama tersumbat, lantas mendapat serangan jantung. (14 Tips Mengurangkan Paras Kolesterol Tanpa Ubat)
  • Acid Reflux / Heart Burn – Apabila berbaring dan tidur selepas makan, asid refluks atau heart burn biasanya boleh terjadi. Kandungan asid gastrik dalam perut tertolak naik ke atas saluran esophagus atau kerongkong. Individu yang mengalami asid refluks atau heart burn akan rasa pedih ulu hati, loya, tekak rasa tidak sedap atau tidak selesa. Peppermint-Ginger Plus membantu menghadapi ketidakselesaan sistem penghadaman ini.
  • GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) – Sekiranya asid refluks atau heart burn berlaku paling kurang 2 kali seminggu atau mengganggu kehidupan seharian kita, atau jika doktor kenalpasti kerosakan pada dinding esophagus, anda mungkin didiagnos dengan GERD.
  
4. Merokok
Apapun merokok tu telah lama difatwakan haram ya. Kajian membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Ini akan meningkatkan risiko menghadapi kanser atau penyakit-penyakit kronik yang lain. (Testimoni Atasi Masalah Merokok)

5. Makan buah-buahan
Sebenarnya lebih baik makan buah sebelum makan, bukan selepas makan. Sunnah Nabi kita. Jarakkan lah masa sejam dua jika ingin juga makan buah selepas makan. Ini membantu untuk mengelakkan kembung perut.

6. Minum air terlalu banyak
Memang bagus minum banyak air. Formula mudah 1Liter air untuk setiap 25kg berat badan kita. Namun, amat tidak bagus minum dengan banyak selepas makan. Minum sedikit sahaja dulu. Selepas 30 minit – 1 jam boleh lah sambung minum lagi.

7. Minum Teh/Kopi
Kandungan asid dalam minuman berkafein seperti teh dan kopi agak tinggi. Jika anda sering mengalami asid refluks atau heart burn atau disahkan GERD, anda patut elakkan pengambilan teh dan kopi yang kerap.

Mudahan dapat membantu kita memperbaiki kualiti kesihatan.  

No comments:

Post a Comment