Sunday 11 September 2016

Aku Jatuh Aku Bangun

Hidup dah 35 tahun, memang bohonglah kalau kata tak pernah tersungkur jatuh. Banyak kali. Tapi apa yang penting, kita kena kuat bangkit semula sendiri berdikari berdikari dan terus berdikari.
Berani mencuba sesuatu yang baru. 
Berani memperakui kesalahan.
Berani memperbaiki kesilapan.
Berani keluar dari zon selesa.
Berani menghadapi mulut tempayan.
Berani menangkis panahan mata tajam.
Berani menjawab dengan fakta data.

Jika rasa nak menangis... nangislah.
Allah kan ada.

Jika rasa nak mengadu... mengadulah.
Allah kan ada.

Jika rasa nak meminta... mintalah.
Allah kan ada.

Jangan mengharap pada sesiapa.
Kita akan kecewa.

Hanya mengharap pada Allah.
Pasti akan gembira.

Begitulah applikasiku kehidupan seharian kini.
Namun...
Aku Jatuh Aku Bangun...
Aku Bangun Aku Jatuh...
Aku Jatuh Aku Bangun...
Aku berjalan terus...
Aku kekal tersenyum ketawa...
Aku menangis selindung…
Kerna...
Allah kan ada. 

No comments:

Post a Comment