Monday 12 September 2016

Raya Dahulu vs Raya Sekarang

Masa terus berlalu dan berlalu.
Tahun makan tahun.
Kita yang dulunya kanak-kanak kini telah dewasa. Bergelar ibu, bergelar bapa.
Tiba-tiba saya teringat beberapa pengalaman perbezaan raya dahulu dan raya sekarang.

Raya Dahulu - Malu2 bila pakwe datang merisik bersama keluarga.
Raya Sekarang - Malu2 takde dah sebab pakwe dah jadi bapak anak2.
Raya Dahulu - Hanya main sedikit bunga api sahaja kerna kami semua adik-beradik perempuan. Rumah kami selalu dibambu dengan mercun roket oleh jiran hadapan.
Raya Sekarang - Menantu lelaki sponsor banyak bunga api & mercun pelbagai kerna cucu2 lelaki perempuan main. Kami dapat berbalas berdas-das mercun roket ke rumah hadapan. Fire!!!... Yesssszzaaa!!!...

Raya Dahulu - Mak masak 2-3 ekor ayam je sebab kami sekeluarga je makan & mengunjung pun yg terdekat je.
Raya Sekarang - Mak masak 8-10 ekor ayam sebab menantu2 & cucu2 semua makan bertambah. Membalas ngunjung pun lebih banyak sebab ramai memberi. Tetamu yang hadir juga makin ramai, termasuk besan biras bagai. Alhamdulillah.

Raya Dahulu - Mesti ada ketupat anyam sebab arwah atuk nenek rajin buat santai2.
Raya Sekarang - Ketupat Adabi jadi pilihan sebab cepat & mudah. Tapi tak sesedap ketupat anyam. 

Raya Dahulu - Lagu raya lama & asli semua sedap2 diperdengarkan di corong2 radio.
Raya Sekarang - Lagu raya hampeh kerana diberi nafas baru. Terus tukar siaran radio lain.

Raya Dahulu - Hanya fikir urus diri sendiri. Tak pun mak urus kita.
Raya Sekarang - Kita urus suami & anak2. Tak pun mak urus cucu2 dia.

Raya Dahulu - Kita terima $$$ duit raya. Kita suka.
Raya Sekarang - Kita beri $$$ duit raya. Kita lagi lebih2 suka sebab budak2 suka. 

Raya Dahulu - Beli kad raya yg biasa, berlampu bermuzik, tulis & pos. Tunggu balasan. Lagi besar saiz kad raya lagi bangga.
Raya Sekarang - Ambil gambar famili, letak ucapan ringkas "Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin" & hantar lalu Whatsapp & Facebook (aku lah tuu hihi).

Raya Dahulu - Kuih raya semua unik dan setiap jenis mempunyai rasa istimewa yang tersendiri.
Raya Sekarang - Kuih raya bentuk warna berbeza tapi tak unik sebab rasa lebih kurang sama.

Apa yang pasti kita semua suka RAYAAAA!!!!....
Raya Puasa ke...
Raya Haji ke...

No comments:

Post a Comment