Pabila bercakap tentang
kolesterol, Nora teringat medical check-up yang Nora pinta doktor jalankan semasa
umur 30 tahun. MashaAllah… ujian darah menunjukkan tahap total kolesterol
darahku borderline!... Tidak!!!... Kolesterol jahat lebih tinggi dari
kolesterol baik!...
Kolesterol memang
penting untuk sel-sel tubuh kita. Tapi tahap kolesterol mestilah dalam julat sihat
& selamat. Badan kita menghasilkan kolesterol sendiri dan sudah tentunya
kita mendapat kolesterol tambahan dari makanan kita.
HDL (High Density
Lipoprotein) mesti lebih tinggi dari LDL (Low Density Lipoprotein). Dengan kata
lainnya, kolesterol baik mesti lebih tinggi dari kolesterol jahat. Bukan
sebaliknya.
Antara fungsi kolesterol
baik (HDL) kepada tubuh kita:
- membantu proses biokimia tubuh
- membantu dalam penghasilan hormon steroid seperti hormon seksual
- membantu dalam pembentukan vitamin D
- membantu penyerapan kalsium
- membantu penyerapan lemak
- menguatkan sel membrane
- melancarkan metabolisma tubuh
- melindungi kulit dari sinar UV
- menjaga kebersihan pembuluh darah arteri
- membantu mengurangkan risiko atherosclerosis dan arteriosclerosis
- membantu pencernaan dalam usus kecil
Tak kira kita kurus ke atau
kita gemuk ke, kedua2nya ada potensi mempunyai kolesterol tinggi (biasanya
merujuk tahap kolesterol jahat).
Kolesterol yang tinggi
akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada kesihatan kita, seperti:
- atherosclerosis
- arteriosclerosis
- darah tinggi
- sakit jantung
- strok
- kebas2, sakit atau gangrene (tisu mati) pada bahagian kaki
- sakit pada bahagian abdomen, mual, muntah dan najis berdarah (sistem pencernaan)
Ia umpama silent killer
yang datang tiba2 secara mengejut. Nauzubillah. Mudahan kita semua dijauhi.
Diet pemakanan, berat
badan dan aktiviti fizakal mempengaruhi tahap kolesterol kita. Semua ini
terletak dalam tangan kita untuk dikawal.
- Diet – Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi kolesterol dan lemak tepu. Amalkan makanan yang tinggi serat fiber dan supplemen semulajadi.
- Berat badan – Berlebihan berat badan memungkinkan peningkatan kolesterol dan risiko sakit jantung. Dapatkan berat badan ideal kerana ia membantu menurunkan tahap LDL dan total kolesterol. Malah membantu meningkatkan tahap HDL.
- Aktiviti fizikal – Kehidupan yang tidak aktif juga meningkatkan risiko sakit jantung. Bergerak aktif dan bersenam selalu ia membantu menurunkan tahap kolesterol jahat dan meningkatkan tahap kolesterol baik. Tak kurangnya kita dapat mengawal berat badan ideal.
Faktor2 lain seperti
umur, jantina dan genetik/keturunan memang kita tak dapat elak, namun kita
boleh ambil langkah2 pencegahan awal untuk memastikan tahap kolesterol kita
dalam julat sihat.
- Umur & Jantina – Apabila wanita dan lelaki meningkat usia, tahap kolesterol mereka meningkat. Sebelum umur menopause, wanita biasanya mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah berbanding lelaki yang sama umur. Namun, selepas umur menopause, LDL wanita mungkin lebih tinggi berbanding lelaki yang sama umur.
- Keturunan – Gen yang kita peroleh dari ibu bapa akan menentukan berapa banyak kolesterol yang dihasilkan oleh tubuh. Sebab itu jika ibu bapa kita mempunyai kolesterol darah yang tinggi, kita juga harus berwaspada.
Ubat ada. Memang kesan
ubat cepat. Tahap kolesterol turun dengan pantas. Tapi… dalam jangka masa
panjang ia merosakkan organ2 lain terutamanya hati dan buah pinggang.
Supplemen ada. Memang
kesan lambat. Tahap kolesterol turun dan terkawal mungkin agak perlahan. Tapi…
dalam jangka masa panjang ia membantu melindungi organ2 lain.
Buatlah pilihan yang
terbaik untuk diri kita & family. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Bacaan Lanjut:
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya,
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment