Monday 2 January 2017

Novel Pujaan Zaman Remaja Kami Yang Lahir 1980-an


Donia
Diari Sayang
Cinta Abadi
Jibam
Tombiruo

Hahaaaa siapa kata hobi kita memasak memasak memasak aje kat dapur? 

Ni antara novel lama zaman remaja Nora yang masih Nora simpan sampai sekarang. Memang lepas baca tu siap berangan2 lagi. Ada juga yang saya baca sampai berjurai2 air mata. Tak silap Cinta Abadi. Huhuuu... Diari Sayang pun juga kot.

Jibam memang zaman sekolah rendah dah wujud, tapi dah besar baru mampu beli. Suami pun tau pasal cerita Jibam ni. Almaklum kami sebaya. Belum Lawak Ujang. Mauuuu tergelak barai kami bersama dibuatnya.

Tetiba teringat dulu beli majalah dapat CD lawak Supri Supian. Tapi puas cari mana CDnya tak ketemu lagi. 

Tombiruo tu pula beli sebab kena buat assignment Master Alam Sekitar masa kita kat UPM. Subjek Environmental Ethics tak silap. Kakak teman cari masa tu. 

Banyak lagi novel2 remaja yang popular pada zaman kita belajar dulu2. Macam kakak Nora banyak simpan novel Bahasa Inggeris, almaklum Cikgu BI.

Sekarang ni masa Nora lebih banyak dihabiskan tuk membaca ilmu2 nutrisi, kesihatan, penyakit, vitamin, marketing, management & all about biz Shaklee. Senang bila kita nak consult customers & bina blog. Semua tu perlu rajin membaca.

Even nak memasak menu baru pun perlu rajin membaca. Tapi lebih baca kat blog2 yang pakar di internet.

Seronok bila suami & Husna Hafiz makan apa yang kita masak sampai bertambah atau licin habis sehingga menjilat pinggan.

Membaca jambatan ilmu.
Memasak terapi hati.

Membaca pengisian dada.
Memasak pengisian perut.

Membaca merehatkan badan.
Memasak mencergaskan badan.

Dua hobi ini tidak dapat dipisahkan.

Rakan2 pun pasti ada hobi atau aktiviti yang suka dilakukan bagi menghilangkan stress dan bersantai-santai rehat.

No comments:

Post a Comment