Thursday 2 March 2017

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) | Pengalaman Sendiri Yang Bermakna

Cantik aje nengok jahitan Dr. Pasupathi kat tanganku ni. Pakar Orthopedic Pantai. Doktor lelaki India yang sangat baik, informatif dan sopan dalam tutur kata. 
Masa tu 2011. Nora merupakan pesakit termuda doktor ni yang mempunyai CTS iaitu Carpal Tunnel Syndrome sepanjang beliau bertugas di oversea & Malaysia. Almaklum masa tu umur Nora baru 29-30 tahun. 

Tanda-tanda CTS bermula selepas melahirkan Hafiz. Kebas-kebas, tengah malam pun terjaga bisa sakit, pegang cerek panas rasa suam je, pegang botol atau barang kekadang terlepas, tengah makan tangan mudah kebas, dll. 
Apa punca CTS? 
CTS berlaku disebabkan saraf median di pergelangan tangan kita terhimpit (compressed), bukan otot ya seperti mana yang ramai antara kita salah anggap. Kesan daripada saraf median yang terhimpit ini lah yang menghasilkan rasa kebas, lemah dan sakit.  

Pada peringkat awal, CTS adalah reversible, bermakna boleh sembuh jika dikesan pantas dan jalankan rawatan. Jika lewat dan insulator saraf telah tiada, maka kesan CTS adalah permanent (kekal). Ya... saraf kita ada insulator. 


Risiko CTS
Beberapa kajian mendapati risiko menghadapi CTS lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki, dan juga lebih tinggi di kalangan warga tua berbanding warga muda. Ada kes juga mungkin disebabkan genetik keturunan. Kes juga lebih tinggi di kalangan individu yang obes berbanding yang BMI normal. 


Simptom CTS
Kebanyakan kes menunjukkan simptom-simptom di bawah, yang berpanjangan mungkin berminggu-minggu, berbulan-bulan dan adakala bertahun-tahun, sebelum di kenalpasti:

  • Kebas, rasa terbakar dan paling kronik rasa sakit di jari ibu, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian jari manis. Jari kelingking tidak akan ada rasa kebas atau sakit kerana tiada cabang saraf median di situ. 
  • Lama-kelamaan, pesakit mula hilang kemampuan untuk rasa sejuk atau panas. 
  • Adakala pesakit rasa tangan bengkak mengembang, sedangkan ia tidak kelihatan. 
Kesemua simptom-simptom ni memang Nora alaminya sejak 2010. Tapi masih bersabar hihi...


Apakah Faktor Penyebab CTS?
Untuk kes Nora doktor pun tak pasti. Sebab nora tak hamil, masa tu baru lepas setahun bersalin anak bongsu. Nora tak obes masa tu. Nora tiada buat kerja berulang yang sama untuk jangkamasa lama (yang boleh sebab kan RSI - repetitive strain injury). 

Di sini Nora senaraikan antara faktor-faktor yang mungkin:

a) Pergerakan berkaitan pekerjaan - getaran & tekanan yang tinggi (high force & vibration) untuk tempoh masa yang lama & berulang

b) Keadaan perubatan / kesihatan
  • Kencing manis
  • Hypothyroidism
  • Rheumatoid arthritis
  • Osteoarthritis
  • Obesiti
  • Kehamilan
  • Autoimmune
  • Sindrom Down
  • Amyloidosis (masalah berkaitan tisu penghubung)
  • Acromegaly (penyakit yang menyebabkan pembesaran abnormal tangan dan kaki akibat berlebihan hormon pertumbuhan)
  • Ketumbuhan di saraf median 
  • Sesetengah ubatan mungkin menyebabkan CTS (yang bersifat sementara)
c) Kecederaan tulang patah atau tergalih

d) Perubahan hormon - kebiasaannya pada wanita. Perubahan hormon mungkin kerana pengumpulan air (fluid retention) atau pembengkakan dalam badan. CTS semasa kehamilan mungkin disebabkan faktor ini. 

e) Genetik - CTS di kalangan orang muda mungkin berkaitan dengan keturunan (sesetengah karakter fizikal atau keadaan perubatan). Mungkin juga disebabkan keabnormalan gen yang kawal myelin sheath (insulator saraf). 


Prosedure Untuk Kenalpasti
Buat ujian kejutan elektrik... hehe... Nerve Function Test. Hadoi taubat rasa diberi cas2 elektrik. Klip buaya diletak pada hujung beberapa jari. 

Keputusan mendapati skor CTS Nora lebih dari 7 untuk tangan kanan, manakala skor 4 untuk tangan kiri. 

Doktor pakar menyarankan lakukan operation untuk sebelah kanan sahaja dulu. On the spot depan doktor Nora ambil keputusan bersama suami untuk bersetuju. Jika operate kedua-dua tangan serentak, susahlah nak cebuk bila melabur. Nak handle breastfeed Hafiz yang masih bayi lagi. 

Jadi, 19 September 2011 Nora tulis Excused Letter kepada Ketua Jabatan, minta kebenaran tak mengajar Biologi II semasa semester pendek 2011/2012.  

Nak operate kena buat MRI dulu, pada 29 September 2011. Lagi lahhh tak sanggup. Sebab meniarap sepanjang masa. Hadoiii... Injek cecair masa MRI pun sakitnya huhuiiii... lagi OK injection dexa nak lahirkan premature baby. 
Masa operate, bius tangan aje, so memang sedarlah kat bilik operasi. Sejuk sangat memang sesangat sejuk. Tak bermalam pun. Operate pagi, tengahari dah balik. 


Rawatan CTS
Amat penting merawat CTS sebelum kerosakan saraf yang terhimpit berlaku lebih lanjut. Antara rawatan CTS adalah:
  • Senaman khas bagi tangan 
  • Wrist splint
  • Corticosteroid injections
  • Pembedahan (sebagai langkah akhir)

Wrist Splint yang Nora gunakan sebelum operation. 
Nora tunggu semester panjang berakhir, settle kan tanggungjawab terhadap students dulu.

Macam mana prosedur pembedahan? Lebih kurang gambar kat bawah ni. Doktor akan buat potongan pada ligamen (tranverse carpal ligament release). Tapi jangan risau, lama-kelamaan ligamen baru akan terbentuk.  

Kemudian doktor Nora jahit. Maka, terhasil lah lipan biru kat atas tuu. Selepas MC 10 hari, buka jahitan. Bab ni yg lagi ngeri berbanding operate. Ada kawan lelaki Nora, doktor beliau di hospital pakar lain guna gam. 

Sekarang? Tangan kiri Nora?

Alhamdulillah sejak makan vitamin semulajadi sejak 2012, terutamanya  Vivix superantioksidan, B-Complex megadose, Ostematrix kalsium, Vitalea Iron Formula (multivitamin & multimineral) dan Collagen Powder, Nora rasa skor CTS menurun bagi tangan kiri. Tak rasa dah simptom seperti dulu. 

Niat asal makan Shaklee untuk kesihatan lain seperti kekejangan kaki, kolesterol, resdung & awek muda, tak sangka dapat membantu saya dengan masalah CTS ini. 

Malah parut jahitan macam tak wujud. Penangan kolagen Shaklee & Vivix lah ni. Kolagen membantu menghilangkan parut luka jahitan & baik untuk keanjalan kulit & kesihatan sendi. 

Sila ikuti video FB Nora tentang kepentingan Shaklee Collagen Powder & Carpal Tunnel Syndrome Nora.






Nora biasanya akan tunjuk gambar jahitan ni kat students Pusat Asasi masa ajar topik Biology II: Human Skeleton & Locomotion. Silibus ada sebut tulang carpal. Apa lagi share lah pengalaman sebenar. Tidak berdasarkan teori buku semata2. Tapi tuu dulu lah semasa jadi pensyarah.

Kenangan...

Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix? 
klik Vivix 1 dan Vivix 2


Nak order Vitamin Shaklee ini? Cara Order (klik)   

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur


No comments:

Post a Comment