Tuesday 13 October 2015

Tips Pelajar Cemerlang Skor A: 7 Amalan Kerohanian

Semua pelajar inginkan keputusan yang cemerlang. Begitu juga ibubapa. Namun adakah kita hanya ingin cemerlang duniawi sahaja?

Sebenarnya, amalan-amalan kerohanian seperti ibadah wajib dan sunat banyak membantu pelajar-pelajar untuk cemerlang atau Skor A dalam peperiksaan. Di sini saya kongsikan pengalaman saya, rakan-rakan dan mereka yang lebih tua.
 

1. Solat Wajib & Sunat 
Pastikan pelajar menunaikan solat fardhu di awal waktu. Sekiranya pelajar telah besar sedikit dan pandai melakukan solat sunat, digalakkan solat taubat, solat hajat dan solat tahajjud. Solat taubat dan solat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Solat tahajjud disepertiga malam bangun dari tidur.

2. Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
  • Surah Luqman - 1 kali seminggu; Jika tidak sempat cukup sekadar membaca ayat 12-19.
  • Surah Yasin - 1 kali seminggu; Khamis malam Jumaat. Pada minggu peperiksaan, disaran sekali setiap hari
  • Surah Al-Insyirah - Setiap kali hendak mula belajar dan jawab peperiksaan. Letakkan tangan di dada semasa membaca surah.
  • Surah As-Sajadah - 1 kali seminggu
  • Surah Ar-Rahman - 1 kali seminggu; rezeki bukan dalam bentuk duit $$$ sahaja, tetapi juga dalam bentuk ilmu yg dihidayahkan Allah
  • Surah Al-Waqiah - 1 kali seminggu
  • Ayat 1000 Dinar (Surah At-Thalaq, ayat 2-3) - setiap kali selepas solat atau semasa berdoa, hendak jawab exam, dalam kesusahan dll.
  • Al-Ma'thurat - setiap kali selepas solat Subuh dan Asar. Terdapat bacaan panjang (Kubra) dan pendek (Sughra). Bergantung kepada kesempatan masa. Salah satu fadhilat dapat menghilangkan tekanan semasa belajar.
3. Zikir, Selawat, Istighfar
Sentiasa berselawat dan istighfar mula belajar dan jawab peperiksaan. Sekurang-kurangnya 3 kali. Zikir bila ada masa yang terluang.

4. Adab Masuk Tandas 
Jaga adab-adab masuk ke tandas seperti yang kita belajar di sekolag rendah. Antara kebaikannya adalah dapat menjaga dan menguatkan daya ingatan minda. Tutup kepala dengan tuala, sapu tangan atau apa sahaja agar syaitan tidak melumurkan najis kepada kita.

5. Redho IbuBapa & Guru
Redho Allah hanya akan dapat diperolehi apabila ibubapa dan guru-guru meredhoi anak-anak/murid. Jadi, sentiasa taat dah patut segala arahan dari ibubapa dan guru, selagi tidak bercanggah dengan syariah. Minta ampun maaf segera sekiranya melakukan kesalahan. Ini salah satu faktor pelajar  dapat memahami dan menerima ilmu dengan mudah.

6. Bernazar 
Bagi pelajar yang telah dewasa, anda boleh melakukan nazar untuk kejayaan dalam pelajaran. Jika boleh pastikan niat anda spesifik. Contohnya, berpuasa nazar.

7. Berdoa & Tawakal 
Teruskan berdoa dan tawakal secara berterusan (istiqomah) sehingga keluar keputusan peperiksaan. 


Nak info lebih? Klik
Tips Pelajar Cemerlang Skor A: 10 Rahsia Ruang Belajar Yang Selesa Di Rumah


Nak order Vitamin Minda Shaklee untuk Anak-anak? Cara Order (klik)   

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com


COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment